Tuesday, January 16, 2007

diari,hari ini aku menangis lagi.
mak kata aku selalu tidak mahu mangaku.
mak kata aku sama seperti ayah.
tidak mahu mengaku akn kesalahan.
tetapi mmg benar aku tidak bersalah.
aku tidak bersalah!
satu perkara kecil menjadi isu besar.
sakit hatiku dilukai lagi.
sakit telingaku mendengar mama mencaci.
memaki hamun sesuka hati.
aku seakan-akan menjadi gila.
ibu kata dia suka jika aku gila.
dia kata biarkan aku menjadi gila.
dia kata aku anak durhaka,suka menjawab.
suka membantah.
ibu aku memang seorang anak yg degil.
durhaka kan aku?.

ayah.
kau hanyah biarkan aku menangis.
kau hanya biarkan air mata ini jatuh.
satu pelukan yg ku harapkan.
satu kucupan untuk menenangkanku.
namun hanya sikap tidak endah yg ku terima
tidak ada kata2 yg membuatkan ku rasa lega.
tidak ada.
kau anggap saat itu sebagai saat biasa.
kau tidak tahu usiaku sekarang berapa.
engkau tidak tahu aku belajar apa di sekolah.
yg engkau pikirkan hanya wang dan adeq semata.
aku ditolak tepi.
hanya kerana aku remaja.
kerana aku tidak ada penyakit seperti adeq.

aku tidak boleh terus hidup begini.
mana kasih sayang mama dam ayah?
mana?
adakah kasih sayang ayah dari duit jajan yg diberi?.
tanpa bertanyakan bagaimana hariku hari ini?.
yg kau kisah hanya adeq.
ya adeq.
adeq sudah makan?.
adeq demamkah?.
adeq ok hari ini?.
ayah anakmu ini juga perlu perhatian.
juga perlu dimanjakan.
juga perlu belaian.
ibu adakah kasih sayangmu dari maki hamun yg ku terima hari2?
ketahukah kau tidak ada hari di dalam hidupku yg berlalu tanpa
tangisan.
gurauanmu kasar ibu.
kata-kata mu sinis.
kau kata aku busibat.
kau kata aku pelacur.hanya kerna pakaianku terdedah sedikit.
aku tahu kau tidak mahu aku menjadi seperti kau
di saat kau remaja.
aku sudah lihat foto-foto remaja kau.
tapi mangapa harus aku menjadi mangsa
ubahan yg kau buat?.
mengapa harus zaman remajaku kau tindas.
mangapa kau suka jika aku menjadi gila?.
mengapa kau tidak mengaku tidak mempunyai seorang anak perempuan?.
mengapa kau paksa aku balek ketika aku lari dari rumah?.

oh tuhan mangapa berat sekali dugaan ini.
mengapa tangisan ini tidak berhenti.
terseksa aku terseksa.