ya allah,
hari ini umurku kau panjangkan setahun lagi.
terima kasih kerana telah mambenarkan aku hidup
selama 15 tahun yg lalu di dunia yg penuh dengan onak duri
dan liku-liku berkaca.
alhamdulillah,aku masih mampu bertahan lagi.
tegak berdirinya aku di duniamu yg fana.
ya allah,
andai ku tahu berapa lama lagi kau akan lanjutkan usiaku,
alangkah baiknya.
akan ku bahagiakan orang yg disampingku,
dan menolong orang yg tidak ku kenali
agar sama-sama mereka dapat bertahan hidup dalam duniamu ini.
ya allah,
terima kasih kerna telah menemukan ku dengan dengan rakan2
yg tidak pernah putus2 membahagiakan ku.
tangis dan tawa,
panas terik,hujan badai,
merekalah yg setia.terima kasih kerana telah
menemukan aku dan dhiya.semoga persahabatan tidak putus.
ya allah,
kau telah memberikan aku ibu bapa yg penuh konflict.
tetapi aku tetap beterima kasih kerana merekalah yg telah
banyak mengajarku erti hidup dan telah membesarkan ku menjadi
seorang anak yg walaupun tidak cukup sempurna tetapi tetap utuh
berdiri walaupun badai melanda.
terima kasih juga kerana telah memberikan aku kakak abg dan adik yg sangat menyanyangi ku.
abg dan kakak,
sesungguhnya sokongan moral mu da kasih sayang
tidak dapat aku ganti sepenuhnya.
hanya dapatku katakan,
aku sayang kamu juga.
adik,
sambil kau lihat aku menangis menulis draft ini,
aku ingin mengucapkan minta maaf kerana tidak dapat menjadi kakak
yg baik dan sempurna untukmu.
adik,
aku sayang padamu juga.
oh tuhan,
temukanlah aku dengan satu lagi cahaya yg bisa membahagiakan ku.
aku berterima kasih atas semua pemberianmu
selama aku hidup.
aku bersyukur,
dan aku redha atas apa jua yg akan berlaku
masa akan datang.
siti nurinda